Monday, 8 October 2012

KTP vs K12: Ragbi


(8 Oktober 2012) - Sekali lagi KTP Fumblers turun untuk berhadap pasukan ragbi K12 di padang ragbi A berhadapan Fakulti Ekologi. KTP Fumblers telah mempamerkan corak permainan yang menarik dan hebat sehingga berjaya mengikat K12 0-0 pada separuh masa pertama.






K12 telah berada dihadapan selepas beberapa minit separuh masa kedua bermula. KTP Fumblers bangkit dan berjaya mendapatkan 1 try.



Namun nasib tidak menyebelahi KTP Fumblers setelah gagal mendapatkan try yang kedua. K12 telah memenangi perlawanan tersebut dengan mata 10-7.






Hari ini (9 Oktober 2012) KTP Fumblers akan berdepan lawan yang agak hebat iaitu K5. Seluruh warga KTP diharap dapat turun beramai-ramai untuk memberi sokongan kepada KTP Fumblers. Semoga KTP Fumblers berjaya melayakkan diri ke suku akhir.

Sunday, 7 October 2012

Rayaku Merdeka


(6 Oktober 2012) - Walaupun hari raya dan hari merdeka sudah lama berlalu namun KTP masih lagi mengadakan program Rayaku Merdeka sempena hari raya Aidilfitri, hari merdeka dan juga hari Malaysia. Program ini diselenggara sepenuhnya oleh pelajar baharu KTP dan dipantau oleh AJK Induk iaitu MTM KTP sendiri.






Sebelum program berlangsung, seluruh warga KTP telah sama-sama turun bergotong-royong untuk menyiapkan makanan bagi majlis tersebut. Semua makanan pada majlis tersebut dimasak oleh warga KTP sendiri. Antara makanan yang ada seperti, rendang, nasi impit, laksa, aneka sup dan juga ayam goreng.




Dewan Bendahara dimana majlis tersebut akan berlangsung juga telah dihias dengan cantik dan menarik oleh warga KTP. Rehersal juga diadakan pada setiap malam bagi memastikan majlis berjalan dengan lancar.












Persembahan-persembahan menarik dari setiap blok dan juga senior-senior kebudayaan KTP juga menjadi daya penarik bagi majlis Rayaku Merdeka.







Tahniah diucapkan kepada pelajar baharu KTP kerana melaksanakan majlis Rayaku Merdeka dengan jayanya. Walaupun terdapat sedikit kelemahan, jadikan ia sebagai satu proses pembelajaran. Gunakan ilmu yang diperolehi untuk manfaat bagi program seterusnya. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan. 


Wajah-wajah sepanjang program